Tidak pernah wajibkan pelajar bukan Islam ambil Bahasa Arab



KUCHING: Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak pernah mewajibkan pelajar bukan Islam di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) mengambil mata pelajaran Bahasa Arab sebagai mata pelajaran teras.

MARA menerusi kenyataan akhbarnya semalam berkata, ia (Bahasa Arab) kekal dan sentiasa menjadi salah satu mata pelajaran pilihan sekolah itu.

Katanya lagi, Bahasa Arab juga tidak berkaitan dengan Pentaksiran Tingkatan 3, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mahupun prasyarat graduasi MRSM.

“Mata pelajaran bahasa ketiga merupakan sebahagian daripada usaha MARA untuk menambah nilai dalam pembangunan modal insan selain menyiapkan pelajar untuk lebih berdaya saing di peringkat global dan dalam pasaran kerja.

“MARA juga pada masa sama mengamalkan budaya toleransi keagamaan serta menghormati antara satu sama lain terutama dalam langkah untuk melahirkan individu yang berpendidikan setaraf peringkat global selain dibekalkan nilai integriti yang tinggi,” jelas kenyataan akhbar itu lagi.

Berperanan sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, MARA mempunyai 49 pusat di seluruh negeri ini yang menyasarkan untuk membantu golongan Bumiputera, khasnya dalam bidang pendidikan dan keusahawanan tanpa mengira latar belakang kepercayaan keagamaan.-Utusan Borneo
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget