Tiada ahli Kabinet bersetuju dengan adik Najib?




KUALA LUMPUR: Penggantungan akhbar The Edge oleh kerajaan dan saman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap Harakahdaily tidak akan menyebabkan isu 1MDB mati mahupun terhentinya perbincangan rakyat mengenai 1MDB.

Justeru, PAS mengingatkan kerajaan bahawa kemelut isu 1MDB dan dakwaan duit 1MDB telah masuk ke akaun persendirian Perdana Menteri tetap perlu dijawab walaupun The Edge digantung.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man isu 1MDB tidak akan lenyap.

Malah, katanya sebarang cubaan dan tindakan kerajaan yang kelihatan seperti menghalang isu 1MDB itu dibincang dan dilaporkan cuma akan menyemarakkan kemarahan rakyat.

"Zaman menakut-nakutkan sudah tiada lagi.

"Kerajaan dinasihatkan usah membuat kerja bagaikan menggunakan kertas membalut api. Ia sekadar akan menyemarakkan api itu lagi," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkat, sudah tiba masanya, kepimpinan kerajaan yang sayang negara untuk bersuara daripada memdiamkan diri demi kesinambungan kerjaya politik diri dan orang tertentu.

"Apakah tiada ahli kabinet yang bersetuju dengan adik Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak yang turut mengutuk penggantungan akhbar The Edge?" tanya beliau. - HARAKAHDAILY 
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget