Sarawak tak layan referendum keluar Malaysia - Adenan Satem



PETRA JAYA: Kerajaan negeri menolak sama sekali dan tidak akan melayan sebarang desakan yang mahu mengeluarkan negeri ini daripada Persekutuan Malaysia.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, berkata bagaimanapun kerajaan negeri bersimpati serta memahami sentimen rakyat negeri ini yang mahu melihat perubahan terutama dalam pemberian lebih kuasa autonomi.

"Kerajaan negeri tidak pernah dan tidak akan bersetuju untuk membawa Sarawak keluar dari Persekutuan Malaysia. Sebarang referendum mengeluarkan negeri ini keluar tidak akan diluluskan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Hari Memperingati Kemerdekaan Sarawak 22 Julai, di perkarangan Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, pagi ini.- BHarian

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget