Remaja bawah umur ditahan ‘berpesta liar’

DALAM serbuan pada pukul 8 pagi itu, seramai 35 orang termasuk 26 lelaki dan sembilan perempuan diperiksa kerana dipercayai terlibat dalam pesta liar tersebut. Kesemua mereka berumur antara 16 hingga 39 tahun dipercayai menganjurkan pesta tersebut selepas mengumpul wang selama sebulan. 

SEORANG remaja bawah umur antara 22 ditahan positif dadah dalam
Op Pesta Liar di sebuah vila di Jalan Damai Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur, semalam. 

KUALA LUMPUR 25 Julai - Seorang remaja bawah umur antara 22 yang ditahan positif dadah jenis syabu dan ganja dalam Op Pesta Liar di sebuah vila di Jalan Damai Off Jalan Ampang di sini hari ini.
Dalam serbuan pada pukul 8 pagi itu, seramai 35 orang yang terdiri daripada 26 lelaki dan sembilan perempuan diperiksa kerana dipercayai terlibat dalam pesta liar tersebut.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, kesemua mereka berumur antara 16 hingga 39 tahun dan bekerja dalam sektor swasta, dipercayai menganjurkan parti tersebut selepas berjaya mengumpul wang selama sebulan.

“Mereka mengumpul wang secara berperingkat-peringkat dengan bayaran serendah RM10 seorang. Kutipan itu bagi membayar sewa vila yang berjumlah RM1,720 untuk tempoh dua hari.

“Maklumat mengenai vila itu diperoleh melalui laman web,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Mohamad Roy Suhaimi, parti tersebut dianjurkan oleh seorang wanita berusia 23 tahun yang berasal dari Kota Tinggi, Johor.

Katanya, serbuan terbabit turut menemukan seorang wanita yang dilaporkan hilang oleh abangnya pada 23 Julai lalu.

Tambahnya, kesemua yang ditahan positif dadah akan dituduh di bawah Seksyen 12(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambah beliau, tiada rampasan dadah dilakukan dan hanya terdapat botol dan tin arak kosong semasa serbuan dilakukan. -Utusan Online.
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget