Shahrir Samad
Shahrir berkata, tindakan itu membayangkan akhbar ber­­­kenaan hanya ingin melariskan jualan dengan menerbitkan berita sensasi tanpa perlu mencari kebenaran.

“Pada masa sama, kita soal adakah ia bertujuan untuk menumbangkan kerajaan atau (mencetuskan) huru-hara sedang akhirnya pihak berkuasa juga yang akan memainkan peranan (dalam kes ini).

“Jadi, dapatkan dokumen, menipu orang dan kemudian menyiarkan melalui tafsiran sendiri, ia tidak akan mempunyai keputusan. Ia menimbulkan syak wasangka dan huru-hara dan sebagainya kerana kita tidak mahu menggunakan sistem yang ada iaitu institusi dalam negara ini,” katanya kepada media dalam Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Johor Baharu, di sini hari ini.

Anggota Parlimen Johor Baharu itu berkata, sebagai media yang bertanggungjawab, The Edge harus mengenepikan perasaan untuk mencari berita sensasi sebaliknya menyerahkan dokumen ter­babit kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

“Kita faham kebebasan akhbar tetapi kebebasan akhbar pun ada tanggungjawab. Ia tidak bermakna sesebuah akhbar bebas mendedahkan apa sahaja untuk suruh orang memberontak, mesti ada proses undang-undang. Sebab itu, apabila kita mendapat sesuatu maklumat yang rasa sahih, kita kena rujuk kepada pihak berkuasa.”

Mengenai Gerakan Harapan Baru (GHB), beliau menyifatkan ia hanya parti untuk ‘golongan yang kecewa’ dalam parti asal mereka dan bukanlah sebuah harapan baharu. – BERNAMA