PM akan berucap di sidang antirasuah


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadualkan berucap di sebuah persidangan antirasuah ketika beliau sendiri berhadapan dakwaan terdapat penyaluran AS$700 juta (RM2.6 bilion) dana
1MDB ke akaunnya.

Najib akan menjadi antara penceramah utama di Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) kali ke-16 di Putrajaya pada 2 hingga 4 September ini.

Persidangan bertemakan “Mengakhiri Kesan Buruk: Rakyat, Integriti, Tindakan" dijangka dihadiri seramai 800 peserta antarabangsa yang akan berbahas dan menghadiri bengkel bagaimana memerangi rasuah.

IACC yang menggelarkan mereka sebagai “forum global dunia” akan membawa bersama-sama ketua-ketua negara, masyarakat awam, sektor swasta yang akan berkongsi mengenai kemajuan dan cabaran dalam usaha memerangi rasuah.

Antara penceramah lain dari Malaysia yang dijadual berucap termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low, Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Akbhar Satar.

Penceramah lain termasuk Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong Simon Peh, Pengerusi Transparency International Jose Ugaz dan Pengarah Eksekutif Greenpeace International Kumi Naidoo.

Persidangan ini anjuran bersama SPRM dan TI-M.

Persidangan ini dibuat ketika Najib melalui waktu sukar selepas berdepan tuduhan The Wall Street Journal (WSJ).

Najib bagaimanapun menafikan mengambil dana kerajaan untuk kepentingan peribadi dan mengancam akan mengambil tindakan ke atas WSJ.

Namun WSJ mempertahankan laporannya dan mengeluarkan laporan memperincikan aliran wang yang didakwa itu.-Malaysiakini

Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget