Mahkamah tolak saman ahli DAP mahu batal pemilihan parti

Mahkamah Tinggi hari ini mengenepikan permohonan saman sivil difailkan 4 ahli DAP yang mahukan pengisytiharan pemilihan semula Jawatankuasa Ekskutif Pusat (CEC) parti itu pada 2013 terbatal.

Hakim Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan permohonan 4 individu itu tidak sah kerana mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa dalam pertikaian membabitkan parti politik, kerana ia diperuntukkan kepada Seksyen 18 (C) Akta Pertubuhan.

Kesemua 4 individu itu turut diarahkan membayar kos sebanyak RM10,000.

"Dalam mana-mana kes, Seksyen 18 (C) akta berkenaan tidak menyertakan bidang kuasa mahkamah mencampuri urusan pertikaian antara ahli parti politik.

"Jadi jelas mahkamah dilarang mempersoalkan keputusan dibuat oleh pihak bertelagah dalam mesyuarat mereka," kata Vazeer membacakan keputusannya hari ini.

Empat ahli DAP, Tay Kok Beng, Tan Kim Seng, Law Theng Hooi dan Wong Yu Liuh yang mempertikaikan kesahihan senarai perwakilan yang mengundi pada 29 September 2013 itu, bagaimanapun diwakili peguam mereka.

Antara aduan mereka ialah, senarai perwakilan dalam pemilihan 2012 digunakan semula dalam pemilihan kali kedua pada 2013.

Pemilihan semula anggota CEC pada September 2014 diadakan apabila pengundian asal pada Disember 2012 diisytihar tidak sah oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana berlaku kesangsian.

Ia dikatakan akibat kesilapan sistem komputer yang digunakan dalam pemilihan berkenaan.

Turut hadir di mahkamah hari ini adalah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong, dan beberapa pemimpin lain. – Malaysia Insider
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget