MIRI: Diocese Paroki Katederal St Joseph Miri menganjurkan Pertemuan Belia (Youth Rally) untuk remaja Roman Katolik di Hotel Imperial Miri pada 18 hingga 20 Julai ini.
Pertemuan itu bagi menyemarakkan iman dan kepercayaan belia Katolik sebagai persiapan mereka berkhidmat sebagai umat di dunia ini.
Tiga penceramah dijemput menjayakan pertemuan itu terdiri daripada Reverend (Rev) Father (Fr) John Chia, Rev Fr Andy William Lee dan Rev Fr Sylvester Ngau.
Fr John Chia dilahirkan di Limbang berbangsa Cina dan Bisaya merupakan bekas pelatih Miri Diocesan Seminary.
Beliau ditahbiskan pada 1 Mei 1997 dan kemudian dihantar ke Rome dan memperolehi Liturgi Suci daripada Pontifical University, St Anselm.
Beliau mempunyai minat mendalam terhadap muzik dan kebolehan menyanyi dan pada masa kini beliau adalah paderi untuk Gereja St Edmund, Limbang.
Manakala Fr Andy William Lee lahir di Miri dan bergraduat daripada Franciscan University of Steubenville, Ohio, Amerika Syarikat.
Beliau ditahbiskan pada 17 Jun 2001 semasa berusia 25 tahun sekali gus menjadikan beliau paderi paling muda pernah ditahbiskan di Diocese Miri.
Selepas itu, Fr Andy aktif mengadakan seminar dan ‘retreat’ di Miri sebelum melanjutkan pengajian di Pontifical Biblical Institute, Rome pada 2003 hingga 2008.
Selepas bergraduan dalam bidang Kitab Suci, beliau kembali ke Miri dan berkhidmat di Katederal St Joseph dan mengajar di Miri Diocesan Seminary. -Borneo Post.
Post a Comment