Tubuhkan tribunal jenayah untuk MH17

Tribunal di bawah PBB menjadi medan terbaik bagi memastikan keadilan untuk mangsa.




KUALA LUMPUR: Negara-negara yang menjalankan siasatan jenayah bebas terhadap nahas Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya menubuhkan tribunal jenayah bagi mendakwa mereka yang bertanggungjawab ke atas jenayah itu.
Wisma Putra berkata lima negara iaitu Australia, Belgium, Malaysia, Belanda dan Ukraine berpendapat tribunal jenayah bebas yang ditubuhkan oleh majlis itu,mencerminkan standard antarabangsa tertinggi, akan menjadi medan terbaik bagi memastikan keadilan untuk mangsa dan orang yang tersayang.
“Lima negara berkenaan sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada anggota Majlis Keselamatan bagi tribunal itu untuk memastikan mereka yang bertanggungjawab dikenakan hukuman dan menghalang mereka yang akan mengancam penerbangan awam,” katanya dalam satu kenyataan.
Wisma Putra berkata penubuhan tribunal jenayah antarabangsa di bawah Bab VII Piagam PBB untuk tujuan ini akan menghantar mesej yang jelas bahawakomuniti antarabangsa tidak akan bertolak ansur dengan tindakan yang mengancamkeamanan dan keselamatan antarabangsa dengan membahayakan penerbangan awam.
“Tribunal yang diwujudkan majlis ini akan memastikan sokongan antarabangsa yang luas untuk pendakwaan dan akan memaksimumkan proses mendapatkan kerjasama antarabangsa, yang akan diperlukan untuk pendakwaan yang berkesan.
“Ia juga akan menjadi respons yang sesuai bahawa kejadian dan implikasi berkaitan untuk keselamatan penerbangan awam menjejaskan kepentingan masyarakat antarabangsa secara keseluruhannya,” katanya.
Kesemua 298 penumpang dan kru penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur maut setelah pesawat itu ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai tahun lepas.
Kenyataan itu menyebut sejurus nahas MH17, Majlis Keselamatan telah menerima pakai Resolusi 2166 yang menuntut mereka yang terlibat dalam kejadian itu perlu bertanggungjawab dan semua negara memberikan kerjasama penuh dalam usaha mewujudkan akauntabiliti. — Bernama
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget