PERHIMPUNAN S4S DI DATARAN SIBU BERLANGSUNG AMAN


SIBU: Perhimpunan dianjur Sarawak For Sarawakian (S4S) di Dataran Sibu dihadiri sekitar 500 ahli dan ia berlangsung dalam keadaan aman di sini, semalam.
Pengerusi perhimpunan, Tay Swee Teck berkata, perhimpunan tersebut disertai ahli S4S dari Sarikei, Kapit, Bintangor dan Sibu.
“Perhimpunan yang julung kali diadakan ini sebagai persediaan bagi menyambut Hari Kemerdekaan Sarawak Ke-52 yang akan diadakan di Kuching pada 22 Julai yang akan datang.
“Perhimpunan ini juga sebagai tanda menyambut kemerdekaan Sarawak daripada pemerintahan British pada 22 Julai 1963,” katanya kepada pemberita.
Jelas Tay, S4S bukan persatuan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) selain tidak mempunyai ketua.
“S4S hanyalah slogan dan ahli kita terdiri daripada pelbagai bangsa mempertahan 18 Perlembagaan Sarawak dan memperjuangkan hak rakyat di Sarawak,” ujarnya.
Sebelum ini, penganjur berhasrat membuat perhimpunan dan perarakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Sarawak pada 19 Julai ini bermula 8 pagi hingga 1 petang dari Dataran Sibu hingga Pintu Gerbang Sibu.
Namun begitu, pihak polis tidak membenarkan penganjur untuk mengadakan perarakan sebagaimana dirancang sebelum ini.
Ini bagi mengambil kira akan keselamatan dan kesesakan lalu lintas dan menggugat aktiviti harian orang ramai kerana lokasi yang dicadangkan terletak di pusat bandar. -Borneo Post.
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget