Pelbagai pembangunan di luar bandar dilaksana


SRI AMAN: Kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan pelbagai projek pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang termasuk di Undop.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden Hollis berkata antara pembangunan yang terdapat di Undop ialah pembinaan empat buah jambatan termasuk Jambatan Nanga Klassen, Sungai Antu, Pasar Batu Lintang dan Wong Pupo.
“Di kawasan Batu Lintang sahaja, tiga buah jambatan gantung telah dibina iaitu Jambatan Gantung Purai, Sungai Tandok dan Empadi.
“Semua ini adalah projek disalurkan kerajaan BN bukannya pembangkang,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua-Ketua Masyarakat DUN Simanggang di sini, semalam.
Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan itu turut menjelaskan bahawa projek-projek jalan kampung juga banyak dinaik taraf demi keselesaan rakyat.
“Apabila jalan raya sudah cantik, kita semua harus beringat dan sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya. Jangan mengakibatkan kemalangan sehingga kehilangan nyawa.
“Nasihat ini, saya tujukan kepada anak-anak muda kita yang suka menunggang motosikal dengan laju. Sentiasa berhati-hati dan beringat sesama sendiri,” katanya.
Beliau turut menggesa rakyat di kawasannya agar berterima kasih dan bersyukur kepada kerajaan dengan segala pembangunan yang dibangunkan di kawasan mereka.
Turut hadir Penasihat Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Simanggang Patrick Michael Dian, Ketua Wanita SUPP Simanggang Ling Siew Hung, Temenggung Sii Toh Peng, Kapitan Kuek Aik Seng, Kapitan Tay Siaw Chuan, Kaunselor Andar Suntai, Kaunselor Daniel Sawing serta yang lain.-Utusan Borneo

Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget