Aziz DAP pertikai kekayaan dan kuasa Melanau Sarawak



(SARAWAK BOMBSHELL) DAYAK DAN MELAYU DALAM PBB TIDAK AKAN DAPAT MENANDINGI KUASA MELANAU!

Yang kaya di Sarawak majoritinya keluarga Melanau yang satu itu. Manakala orang Melanau lain hidup papa kedana tiada air dan elektrik di kawasan pedalaman. 

Orang Melayu pula tidak dipedulikan oleh pemimpin Melanau dalam PBB kerana Melayu dipecahkan kepada Awang, Abang, Wan dan Melayu Tidak Bergelar. 

Melanau pula tetap utuh bersatu sehingga dapat menandingi kepimpinan majoriti Melayu dalam PBB. Akibat pemimpin Melayu dalam PBB tidak bersatu dan sibuk mengejar kuasa, akhirnya rakyat Melayu ditindas pun mereka biarkan. 

Kalau orang Melayu bersuara dalam PBB, nescaya mereka akan dicantas terus. Apa orang Melayu begitu bodoh kah kerana tidak berani melawan? Apa orang Melayu begitu lembik kah kerana begitu takut dengan pimpinan Melanau? Apa orang Melayu tidak punya taring untuk bersuara dalam perhimpunan agung?

Contoh mudah, kenapa Abang Johari sehingga kini tidak diangkat menjadi Presiden PBB biarpun beliau dikatakan pemimpin harapan Melayu dalam PBB? 

Adakah kem Melanau akan membiarkan Melayu memimpin parti buat kali pertama dalam sejarah? Usah kata Melayu, orang Iban pun sehingga sekarang masih kekal Timbalan Presiden PBB. 

Apakah nilai ahli politik Iban dalam PBB? Sayap PESAKA hanya 'window-dressing' dalam PBB. Orang Melayu dan PESAKA dalam PBB adalah penakut dan tidak punya keberanian. Kalau mereka berani, sudah lama orang Dayak dan Melayu membangun dari segi ekonomi. 

Bijak PBB ini, bila Dayak dan Melayu miskin, mereka tuduh Cina yang bolot semua harta. Hakikatnya, siapa yang menyerahkan projek kepada Cina kalau bukan PBB sendiri. 

Kenapa salahkan Cina? Cina ada duit, Cina ada kebolehan, kamu bagi kepada Cina projek lepas itu kamu tunding jari pada Cina, kamu Melayu dan Melanau jenis apa?

Dari tahun 1975 orang Melanau menguasai PBB, mana pergi orang Melayu? Adakah tiada seorang pun Melayu berkelayakan menjadi Presiden PBB? Adakah Abg Jo tidak layak menjadi Presiden PBB? 

Alfred Jabu sudah lama jadi Timbalan Presiden PBB, kenapa tidak dilantik jadi Presiden PBB? Mudahnya di sini, orang Melayu dalam PBB dipecahkan kepada empat. 

Sayap PESAKA pula hanya menumpang untuk survival politik Dayak dan tidak lebih dari itu. Selagi Melayu dalam PBB berpecah, selagi itu mereka tidak akan melihat cahaya di hujung terowong. 

Sudah tiba masanya Melayu dalam PBB keluar menubuhkan parti yang baru tanpa dominasi keluarga Melanau.

Dipetik dari FB:
Abdul Aziz Isa
DAP Sarawak

-SarawakLIVE

Post a Comment

Kenak mauk main sentimen anti-Melanau tok? Bukan semua orang Melanau kedak Taib. Orang mun baca sik fikir panjang boleh molah kesimpulan semua orang Melanau jaik. Iboh guna sentimen politik style Malaya tok.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget