PETALING JAYA: PAS diminta menjelaskan pendirian mereka berhubung penglibatan dalam kerajaan Selangor selepas parti itu memutuskan hubungan tahaluf siyasinya dengan DAP.
Perkara itu dibangkitkan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), yang berpendapat ia perlu dilakukan bagi mengelakan penduduk negeri itu keliru.
“PAS harus jelaskan kenapa mereka masih duduk bersama dengan DAP dalam kerajaan negeri sedangkan mereka sudah memutuskan hubungan dengan DAP.
“Penjelasan ini perlu kerana kita tidak mahu rakyat terus keliru,” kata Timbalan Presidennya, Haji Aminuddin Yahaya.
Katanya, adalah lebih baik sekiranya PAS bersedia untuk meninggalkan Kerajaan Selangor jika DAP masih wujud dalam kelompok itu.
“Jika PAS boleh berbuat demikian, barulah nampak kejantanan PAS,” tegasnya yang dipetik daripada Ismaweb.
Ulasnya lagi, PAS membuat keputusan yang tepat erana Isma sudah lama melihat tahaluf antara PAS dan DAP akan mendatangkan mudarat kepada Islam dan Pas sendiri.
- FMT
Post a Comment