Nazir: Kalau salah, betulkan atau samanlah


Adik perdana menteri Datuk Seri Nazir Razak tidak terkecuali menyatakan rasa tidak senang dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri mengenakan tindakan ke atas The Edge Media Group hari ini.

Nazir yang juga Pengerusi CIMB Group - salah satu rangkaian perbankan terbesar di Malaysia - berpendapat penggantungan permit bukan langkah yang betul untuk diambil.

"Saya mengutuk penggantung (permit akhbar) dan bersimpati dengan kakitangan yang terjejas.

"Laporan 1MDB baru-baru ini kelihatan luar biasa tetapi jika ada kecacatan maka perbetulkan ia atau ambil tindakan undang-undang," kata beliau melalui akaun Instagram hari ini.

Nazir merujuk kepada penggantungan The Edge Weekly danThe Edge Financial Daily selama tiga bulan mulai 27 Julai ini.

Kata Nazir, The Edge adalah penerbitan penting di kalangan komuniti perniagaan dengan memainkan peranan menyalurkan maklumat secara jujur dan berdaya saing.

- Malaysiakini
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget