Gerakan Harapan Baru tidak mampu kekal lama



Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mo­hamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, parti Islam merupakan syiar agama Allah, maka mencintai parti Islam bermakna mencintai agama Allah.

Kata beliau, atas dasar itu, ahli-ahli Pas terus kekal dengan parti kerana kekuatan Pas adalah berpegang kepada slogan ‘Cintai Islam, cintai Pas’ yang menuntut ahli bersama-sama membina parti, sekali gus membentuk kekuatan diri dalam parti.

“Jika anda bukan ahli Pas, anda berhak untuk tidak mencintai Pas. Jika anda ahli jemaah Islam Harap­an Baru, maka cintailah jemaah Harapan Baru itu.

“Jika anda berkata, ‘Cintai Islam, bukan Harapan Baru’, nantikan satu hari nanti, anda akan kembali membina jemaah lebih baharu dan anda akan berkata dan mengulangi slogan yang sama. Maka anda kekal mencintai Islam dengan kepakaran ‘istiqamah’ berpindah-randah,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook milik beliau hari ini.

Gerakan yang dipengerusikan bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mahu membawa politik Islam yang memberi penekanan kepada soal akhlak, moraliti dan amanah dalam tadbir urus pemerintahan serta interaksi dengan semua pihak.

Selain itu, mereka akan memperjuangkan Islam bukan dalam bentuk slogan, emosi dan sentimen tetapi sebagai tawaran dan keadilan yang memberi kesejahteraan untuk rakyat serta menjamin kemakmuran negara.

Gerakan tersebut ditunjangi bekas pemimpin Pas sendiri iaitu sebahagian daripada 18 bekas pemimpin Pas yang gagal mempertahankan jawatan masing-masing dalam pemilihan parti pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-61 di Kuala Selangor awal bulan lalu.

- Utusan Online

Post a Comment

blogger
facebook

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget