Generasi muda Sarawak harus peringati tarikh 22 Julai


MIRI: Rakyat Sarawak khasnya golongan belia diminta memperingati tarikh penting kemerdekaan negeri ini iaitu pada 22 Julai 1963.
Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Sebastian Ting berkata, pengetahuan mendalam tentang sejarah Sarawak akan menambah rasa cinta mereka terhadap negeri ini.
“Tarikh ini amat penting untuk diperingati. Ini kerana masih ramai belum tahu kepentingan tarikh ini untuk negeri kita. Pada tarikh ini negeri kita kita bebas daripada jajahan British,” katanya.
Ting yang juga pengerusi SUPP Piasau berkata, tarikh itu antara tiga tarikh penting yang harus dibeza pengertiannya oleh rakyat Sarawak.
Tarikh pertama iaitu 31 Ogos 1957 merupakan Hari Kemerdekaan untuk Tanah Melayu di Semenanjung Malaysia yang sebelum ini diraikan sebagai Hari Kebangsaan untuk semua rakyat Malaysia.
Selain tarikh kemerdekaan Sarawak, tarikh 16 September 1963 juga penting diperingati sebagai Hari Penubuhan Malaysia.
“SUPP ditubuh untuk memperjuang hak dan kepentingan rakyat Sarawak. Ini akan terus kami perjuangkan,” jelasnya.
Antara usaha SUPP Miri memperingati Hari Kemerdekaan Sarawak ialah dengan mencetak baju-T ‘I AM Sarawakian’ untuk diedar secara percuma kepada 200 ahli parti.
Ting berkata mereka mencetak lebih banyak baju sebagai mempromosi tarikh penting itu.
SUPP telah melancar slogan ‘SUPP For Sarawakian’ pada Jun lalu dengan mengedar pelekat kereta yang juga sebahagian daripada kempen memperingati Hari Kemerdekaan Sarawak. -Borneo Post.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget