Generasi muda perlu didedah sejarah kemerdekaan Sarawak


Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
KUCHING: Generasi muda di negeri ini diingatkan supaya menghayati sedalamnya perjuangan pemimpin termasuk tarikh 22 Julai, yang merupakan signifikan kepada pembebasan Sarawak daripada penjajah.

Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, generasi muda harus didedah dengan perjuangan sama ada pemimpin dahulu atau sekarang supaya lebih memahami kepayahan diharungi.

“Perkara seperti ini amat penting sekali kerana berdasarkan sejarah baharu kita faham mengenai betapa susahnya pemimpin kita mendapatkan keamanan yang kita nikmati hari ini.

“Kita juga minta anak muda supaya menjaga kebebasan kita ada pada hari ini dengan lebih baik,” katanya ketika ditemui pada Majlis Memperingati Sejarah Kemerdekaan Sarawak pada 22 Julai 1963 hingga 15 September 1963 di dataran perbarisan bangunan Dewan Undangan Negeri di sini pada Rabu, lepas.

Menurut Abdul Karim, tarikh 22 Julai misalnya merupakan satu tarikh bermakna dalam sejarah Sarawak, yang harus diberi penghormatan oleh kerajaan.

Katanya sebelum ini tarikh berkenaan tidak begitu signifikan termasuk kepada anak sekolah, kerana ia tidak dimasuk dalam buku sejarah sekolah.

“Bagaimanapun melihat kepada hari ini iaitu sejak dua tahun lalu, tarikh ini turut diberi perhatian oleh kerajaan (melalui sambutan),” katanya.

Ditanya mengenai pengumuman ketua menteri yang akan mempertimbang cuti umum bagi tarikh 22 Julai, Abdul Karim berkata, ia terpulang kepada kabinet dan kerajaan negeri memutus perkara berkenaan.

Namun ujarnya, Malaysia dan Sarawak mempunyai terlalu banyak cuti umum bukan sahaja di negara atau negeri ini sendiri malah antara terbanyak seluruh dunia.

“Terpulang kepada kerajaan negeri dan kabinet mempertimbangkan cuti berkenaan.

“Namun disebabkan kita terlalu banyak cuti umum, mungkin wajar juga ia digantikan dengan menggunakan cuti umum sedia ada untuk digantikan dengan cuti umum 22 Julai ini,” katanya.

- Borneo Post Online
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget