22 Julai: Lo sanggah kenyataan Presiden SMGA




KUCHING: Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu (UPP) George Lo menyanggah Presiden Ikatan Graduan Melayu (SMGA) Datu Dr Sanib Said yang kelmarin muncul dengan pendapat 22 Julai 1963 bukan tarikh kemerdekaan Sarawak.

George berkata, Sanib menyatakan demikian ekoran beberapa kuasa negeri masih dipegang gabenor penjajah dan Ratu di London.

“Dengan penuh rasa hormat, pandangan itu amat kabur. Kita cuma perlu melihat terhadap Australia, sehingga kini, Gabenor Agungnya masih merupakan wakil bagi Ratu di London.

“Sarawak adalah wilayah merdeka pada 22 Julai 1963 memandangkan Australia wilayah merdeka pada hari ini. Dan Australia bukan satu contoh tunggal. Lihat negara-negara Komanwel yang lain,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, fakta me-nyatakan kuasa simbolik kekal dengan gabenor penjajah tidak menjejaskan simbol yang lebih bermakna apabila bendera penjajah diturunkan dan bendera Sarawak dinaikkan dan Sarawak memilik kerajaan dan Ketua Menteri sendiri pada 22 Julai 1963.

“Dr Sanib, tolong jangan merosakkan perarakan kami memandangkan warga Sarawak meraikan hari bersejarah pada 22 Julai,” katanya.

Sanib kelmarin berkata 16 September 1963 adalah tarikh sebenar kemerdekaan Sarawak.

“22 Julai merupakan bermulanya proses ke arah kemerdekaan. Kita mencapai kemerdekaan daripada Bri-tish hanya untuk beberapa jam pada 15 September 1963, apabila gabenor kolonial Sir Alexander Waddell berlepas ke Britain,” Sanib dipetik sebagai berkata.

Kelmarin, lebih 5,000 orang berhimpun di Padang Ragbi Song Kheng Hai bagi meraikan ulang tahun kemerdekaan Sarawak ke-52. Acara itu dianjurkan Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA) dan Sarawak for Sarawakians (S4S).

Sementara itu, Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Datuk Pa-tinggi Tan Sri Adenan Satem menghadiri Majlis Memperingati Sejarah Kemerdekaan Sarawak pada 22 Julai 1963 hingga 15 September 1963.

Majlis itu diadakan di Dataran Perbarisan Bangunan Dewan Undangan Negeri, Petra Jaya.-Utusan Borneo

Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget