Bos The Edge Mengaku Tipu Justo RM7.6 Juta Untuk Dapat Maklumat


KUALA LUMPUR 24 Julai - Pemilik The Edge Media Group Datuk Tong Kooi Ong dan Editornya Ho Kay Tat mengakui menipu Xavier Andre Justo dengan berjanji untuk memberikan RM7.6 juta sebagai insentif untuk membocorkan maklumat mengenai dokumen PetroSaudi International (PSI).

Perkara tersebut disiarkan oleh portal The Malaysian Insider (TMI) yang juga dimiliki oleh kumpulan media yang sama.

"Jelas Justo sangat marah, dan kami faham kerana kami tidak membayar apa yang dituntutnya.

"Ya, kami menipu dia. Tapi itu satu-satunya cara untuk mendapatkan bukti mendedahkan bagaimana satu kumpulan kecil dari Malaysia dan war asing menipu rakyat Malaysia USD1.83 bilion," katanya lapor The Malay Mail Online, hari ini.

Sebelum ini, akhbar Straits Times dari Singapura mendedahkan bahawa Justo telah ditawarkan sejumlah wang dari ahli perniagaan dan rakannya bagi mendedahkan maklumat mengenai dokumen tersebut.

Straits Times dalam laporannya tidak menyebut kedua-dua individu berkenaan namun pengakuan dari The Edge Media Group mengesahkan bahawa kedua-dua mereka menawarkan USD2 juta kepada Justo yang kini berada dalam tahanan pihak berkuasa Thailand.- rakyatnews
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget