BN bawa politik pembangunan, bukan politik hancur rakyat


SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden Hollis menegaskan bahawa politik diketengah kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah politik membangunkan rakyat bukan politik menghancurkan rakyat.

Menurutnya, kerajaan BN sentiasa menegah polisi pembangunan yang dapat membawa keuntungan kepada semua golongan lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama bukannya polisi untuk menghancurkan rakyat.

“Polisi kita dalam kerajaan BN hanya satu sahaja iaitu untuk membangun serta menyalurkan pembangunan kepada rakyat malah BN sentiasa mendengar setiap masalah rakyat dan berusaha untuk membantu rakyat menyelesaikan setiap masalah dihadapi mereka,” katanya.

Jelasnya, kerajaan BN tidak seperti pembangkang yang hanya pandai cakap kosong dan menabur janji merata-rata tempat kerana BN sentiasa mengotakan janji kepada rakyat.

Beliau yang juga Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Muda Perumahan Sarawak berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bertemu Rakyat di Rumah Igai, Kampung Nyakai Atas, Jalan Paip dekat sini semalam.

Katanya rakyat harus sedar bahawa mereka (rakyat) masih lagi memerlukan pembangunan seperti jalan raya, bekalan air bersih, elektrik dan sebagainya daripada kerajaan BN.

“Semua pembangunan rakyat kecapi hari ini adalah pembangunan kerajaan BN bukannya daripada pihak pembangkang.

“Pembangkang hanya mampu menabur janji kosong untuk meraih simpati rakyat terutama pada saat kita hendak mengadakan Pilihan Raya Negeri,” jelasnya.

Beliau berkata, seperti kita semua ketahui, perjuangan pembangkang hanya timbul dalam suasana pilihan raya sahaja tetapi bila tiada pilihan raya mereka menyepi.

“Sekiranya betul-betul ingin bekerja untuk rakyat kenapa apabila tidak berlakunya pilihan raya mereka ini tidak bekerja untuk rakyat?

“Kerajaan BN harus dijadikan contoh sebagai kerajaan terbaik kerana sentiasa bekerja untuk rakyat dan bekerja setiap masa,” tegasnya.

Oleh itu katanya, BN sentiasa mengota janji mereka dan sentiasa bekerja untuk rakyat dan menjaga kebajikan rakyat setiap masa,” katanya.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Penghulu Bailey Gamang, isteri Harden, Datin Simba Nallang serta ketua masyarakat setempat.

Pada majlis berkenaan, Harden turut mengumumkan peruntukan berjumlah masing-masing RM 3,000 kepada JKKK dan Biro Wanita rumah panjang berkenaan.

- Borneo Post
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget