Adenan berbuka puasa bersama kakitangannya


KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan isteri Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu telah meluangkan masa berbuka puasa bersama kakitangan Pejabat Ketua Menteri, kelmarin.

Majlis berlangsung di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu di Petra Jaya, dekat sini.

Sempena majlis, Adenan turut bersama kira-kira 300 tetamu yang hadir menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih.

Hadir sama Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta para menteri dan menteri muda kabinet negeri.

Di samping menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan oleh katering Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), para tetamu turut diberikan buah kurma untuk dibawa balik iaitu ihsan daripada Adenan yang juga merupakan ADUN Tanjung Datu.

- Borneo Post

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget