Ahmad Maslan berang namanya diperguna


Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mendakwa tidak bertanggungjawab atas catatan Twitter yang mendakwa premis makanan segera KFC masih dipenuhi pelanggan walaupun berlaku kenaikan harga minyak.

Menyatakan hal itu hari ini, Ahmad berkata - melalui Twitter juga - bahawa pihak yang mengendalikan akaun menggunakan namanya berniat jahat.

Ahmad juga berkata, dia tidak membuat sebarang kenyataan sebegitu pada hari ini.

"Ini tweet palsu kerja orang tak betul & fitnah," katanya.

Menurut Ahmad pembohongan sebegitu tidak sepatutnya berlaku terutama ketika Ramadan.



Pos Twitter itu berasal daripada akaun Facebook milik seseorang dikenali sebagai Gb Fiute dan menyamar sebagai Ahmad.

Pihak tersebut turut memuat naik gambar Ahmad berbaju Melayu sebagai gambar profil berbanding akaun sebenar memaparkan Ahli Parlimen Pontian itu berkot.-Malaysiakini


Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget