Tiga anak muda kelahiran Sarawak tersenarai dalam Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) selepas muktamar Pemuda PAS ke 56 yang diadakan pada 2-3 Jun lepas.
Saudara Mohammad Arifiriazul Paijo sebagai Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Sabah & Sarawak (juga Ketua Pemuda PAS Sarawak), Ir. Hadi B Amat sebagai Pengarah Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP) dan Muhtar Suhaili As-Sarawaki diberi tanggungjawab sebagai Bendahari.
Muktamar yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Shah Alam itu memilih 35 orang ahli PAS dari seluruh Malaysia untuk menerajui barisan pemuda sesi 2015-2017.-SarawakLIVE
Post a Comment