UPP menggiatkan persiapan menghadapi PRN: Dr Jerip


KUCHING: Parti Rakyat Bersatu (UPP) menggiatkan lagi persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan pada Mac atau April nanti. 

Timbalan Presidennya Datuk Dr Jerip Susil berkata antara langkah diambil parti itu ialah membekukan cuti ahlinya. 

“Jentera pilihan raya kami sekarang pada tahap maksimum. Kami sudah turun padang tanpa henti bagi memastikan kerusi yang akan kami tandingi dapat dimenangi untuk BN (Barisan Nasional),” katanya. 

Walaupun beliau tidak menyatakan kerusi bakal ditandingi UPP, adalah difahamkan parti itu sedang bergerak aktif di kawasan majoriti Bumiputera di Mambong, Opar dan Engkilili. 

“Selaku penyandang Mambong (sebelum ini dikenali Bengoh), saya juga membantu mempromosikan BN di kawasan baharu Serumbu untuk memastikan calon yang dipilih BN dapat menang,” ujarnya. 

Beliau yakin BN dapat memenangi kerusi majoriti Bidayuh itu walaupun ia belum diagihkan kepada mana-mana parti komponen BN. Dr Jerip juga yakin UPP dapat memenangi ketiga-tiga kerusi yang disandang parti ketika ini iaitu Opar, Mambong dan Engikili. 

Ditanya jumlah kerusi diintai UPP, Dr Jerip berkata ia terpulang kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem untuk menentukannya tetapi menegaskan mesyuarat pada 17 Disember lalu mungkin yang terakhir sebelum Adenan memutuskan pengagihan kerusi antara UPP dan SUPP (Parti Rakyat Bersatu Sarawak). 

Dalam PRN terakhir, SUPP diagihkan 19 kerusi tetapi tewas di 13 kerusi. Pada kali ini, dengan tambahan 11 kerusi baharu, SUPP dan UPP masing-masing dijangka akan diagihkan dengan satu kerusi untuk memuaskan hati kedua-dua parti. - Utusan Borneo. 

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget