Pakatan Harapan Sarawak bakal umum keputusan pembahagian kerusi


SIBU: Pembahagian kerusi untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang antara Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negera (AMANAH) dijangka dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata pembahagian kerusi antara ketiga-tiga parti itu masih di peringkat rundingan dan keputusan tertakluk kepada rundingan Pakatan Harapan.

Baru yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’ Kelalan berkata, sebelum ini PKR pernah mengeluarkan kenyataan parti itu berminat bertanding sekurang-kurangnya enam daripada 11 kerusi negeri baharu.

“Pakatan Rakyat kita bekerjasama dengan DAP dan selepas itu Pakatan Harapan ditubuhkan dan kita terus bekerjasama untuk menguatkan Pakatan Harapan.

“Kita juga bersedia bekerjasama dengan pembangkang lain kalau mereka mempunyai tujuan bersama kita menumbangkan Barisan Nasional (BN),” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran kempen ‘RM26 Untuk Perubahan’ di sini semalam.

Bendahari Agung PKR, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew merasmikan kempen tersebut bertujuan mengumpul dana untuk menghadapi pilihan raya.

Tan berkata, hasil sumbangan itu digunakan membina dan memperkuat jentera parti termasuk peringkat akar umbi sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Beliau tidak menafikan parti itu menghadapi kekangan kewangan dan amat memerlukan sumbangan orang ramai mengumpul dana.

Tan berkata, nilai RM26 dipilih kerana yakin semua rakyat mampu untuk menyumbang.

“Kita percaya ramai rakyat mampu menyumbang RM26 untuk mencapai perubahan. Kita perlukan dana untuk melatih jentera pilihan raya yang berkesan,” katanya.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget