SEPANG – Seorang pelajar kolej di Kaherah, Mesir didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Al-Qaeda.
Tertuduh, Mohamad Hidayat Azman, 19, pelajar Kolej Markaz Salam di Hayyu Asyir, Kaherah hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Mengikut pertuduhan, Mohamad Hidayat didakwa dengan pengetahuan telah memasuki Syria antara 5 September 2014 hingga 1 September 2015 menaiki pesawat melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk memberi sokongan kepada Al-Qaeda (Jund Al-Aqsa) dengan menjadi ahli kumpulan itu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130 J(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak melebihi 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk melakukan kesalahan tersebut jika sabit kesalahan. -Kosmo Online.
Post a Comment