Dewan Muslimat seru sertai himpunan bantah TPPA


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat hari ini menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dalam himpunan aman membantah Perjanjian Perkongsian Tran-Pasifik (TPPA) pada 23 Januari nanti.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Nuridah Mohd Salleh dalam satu kenyataan berkata, kehadiran ahli PAS akan memberi isyarat bantahan secara aman dalam usaha menzahirkan kebimbangan masa depan generasi akan datang jika ia dilaksanakan.

"Saya mnyeru semua hadir berhimpun di Dataran Merdeka pada Sabtu ini dengan berpakaian hijau Fastaqim sebagai bantahan kita.

"Tindakan pihak kerajaan dilihat giat menjalankan kempen penerangan berkenaan kebaikan dan manfaat TPPA kepada Malaysia menunjukan bahawa kerajaan telahpun mempunyai pendirian untuk bersetuju menandatangani perjanjian tersebut walaupun pelbagai pakar telah mengemukakan analisa bahawa TPPA ini banyak membawa kesan buruk berbanding manfaat," katanya.

Menurut beliau, tindakan tersebut bercanggah dengan Kaedah Fiqh Muwazanah iaitu kaedah pertimbangan dalam membuat keputusan apabila berhadapan dengan pilihan mendahulukan perkara baik yang tiada risiko berbanding perkara paling baik tetapi mempunyai risiko.

"Penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wahid Omar berkenaan isu penjajahan negara tidak akan berlaku, dilihat bercanggah dengan Prinsip Islam di dalam bab Hukum Kedaulatan kerana salah satu peraturan yang diguna pakai di dalam TPPA adalah Mekanisme Penyelesaian Pertikaian Pelabur Negara - “Investor to State Dispute Settlement” (ISDC) yang mengatasi kuasa mahkamah Persekutuan Malaysia.

"Apakah peraturan konventional ISDC yang bersifat sekular itu mampu bertoleransi dengan kedaulatan negara Malaysia terutamanya hak-hak yang melibatkan sensitiviti agama rasmi Malaysia ini?" Katanya lagi.

Nuridah turut berkata, walaupun enam jenis pasaran eksport yang dinyatakan di halaman 31 dalam buku ringkasan TPPA Edisi Bahasa Melayu itu bukanlah sektor utama yang boleh menjamin keuntungan bagi Malaysia apatah lagi bagi memulihkan bebanan hutang negara yang semakin tinggi saban tahun.

Beliau yang turut menasihati agar semua peserta himpunan untuk membuat persedian mental dan fizikal lantaran keadaan negara ketika ini yang dilanda gejala cuaca el-nino, iaitu keadaan cuaca terlampau panas. 

– HARAKAHDAILY
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget