DAP Sarawak yang mulakan pergerakan autonomi Sarawak


KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen menyangkal dakwaan bahawa pihak pembangkang memperlekeh usaha kerajaan negeri untuk mendapatkan kuasa autonomi daripada kerajaan persekutuan.

Beliau menyatakan rasa kurang senang dengan ke-nyataan Ketua Menteri yang mendakwa pihak parti pembangkang seperti ‘mencurah air sejuk’ kepada usaha itu.

“DAP Sarawak yang telah memulakan dan menetapkan agenda untuk pergerakan autonomi apabila kami melancarkan ‘2014 Bintulu Declaration-Towards Equal Partners’ November dahulu.

“Antara yang terkandung di dalam deklarasi itu adalah perjuangan autonomi negeri dalam bidang pendidikan, kesihatan, keselamatan dalam negeri dan cukai,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching berkata aspek kuasa autonomi yang paling penting adalah bagi cukai di mana DAP menyokong royalti minyak dan gas seba-nyak 20 peratus dan 50 peratus daripada semua cukai yang dikutip di Sarawak dikembalikan semula kepada kerajaan negeri.

Katanya kerajaan negeri perlu tahu, mereka mendapat sokongan penuh daripada parti pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk usaha ini.

Bagaimanapun, jelasnya sehinggga kini masih gagal mencapai persetujuan dengan kerajaan persekutuan bagi mendapat kenaikan royalti minyak dan gas daripada lima peratus kepada 20 peratus.

Peningkatan 20 peratus tidak melibatkan apa-apa per-ubahan dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia hanya memerlukan keputusan kabinet untuk menjalankan peningkatan royalti itu, tegasnya.

Oleh itu katanya, alasan Ketua Menteri yang memaklumkan bahawa ia memerlukan lebih banyak masa untuk melihat ke dalam aspek undang-undang dan perlembagaan autonomi yang dicari itu adalah sama sekali tidak boleh digunakan dalam isu royalti minyak dan gas.

Chong berkata rundingan telah berlangsung antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat untuk lebih daripada 18 bulan, sehingga hari ini belum ada apa-apa keputusan pentadbiran yang telah dijalankan.

Pada masa yang sama beliau turut berkata bahawa DAP sedang menjual peket angpau yang berisi enam keping di dalamnya pada harga RM5.

Ia boleh didapati secara peribadi daripada pemimpin DAP Sarawak atau datang terus ke pejabat DAP Sarawak di sini.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget