Kelantangan bersuara sebab Mukhriz tidak disokong


JERLUN – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahatir beranggapan tindakan 14 daripada 15 Ketua Umno Bahagian Kedah tidak menyokongnya bukan kerana alasan empat perkara, tetapi akibat kelantangannya bersuara.

Katanya, ia mungkin disebabkan beliau pernah mencadangkan supaya kadar cukai barangan dan perkhdimatan (GST) dikurangkan daripada enam peratus kepada tiga peratus yang disifatkan membebankan rakyat.

“Saya lihat tekanan ke atas rakyat sudah sampai tahap yang teruk apabila makanan semakin mahal, baju sekolah dan susu pun naik harga.

“Itu sebabnya saya terpaksa beranikan diri walaupun boleh dituduh ingkat atau tidak menyokong dasar kerajaan persekutuan,” katanya semasa ucapan pada program himpunan menyatakan sokongan kepada kepimpinannya di Wisma Umno Bahagian Jerlun, di sini, hari ini.

Menurutnya, perkara itu hanyalah cadangan yang boleh dipertimbangkan pucuk pimpinan atasan selain memberi penjelasan kepada rakyat sekiranya perkara itu tidak boleh dilaksanakan.

“Rupanya apabila saya keluar kenyataan macam ini, timbul rasa tidak puas hati. Menteri Besar ini tidak sehati sejiwa seperti yang diharapkan.

“Kemudian dikaitkan pula dengan anak bapa. Bapa dia macam itu, dia pun macam itu juga,” katanya.

- Sinar Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget