Balai Ringin: RM1.4 juta Untuk Penduduk Terlibat Pan Borneo

Sejumlah 23 penduduk Kampung Melayu Balai Ringin yang terlibat dalam kawasan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo akan menerima pampasan keseluruhan berjumlah RM1.4 juta, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.30 Balai Ringin Snowdan Lawan semasa majlis Dialog bersama penduduk Kampung Melayu Balai Ringin, semalam.

Snowdan mengadakan dialog bagi mendengar masalah penduduk yang akan berpindah berikutan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo.

Beliau berjanji akan mencari jalan penyelesaian bagi penempatan sementara dan penempatan lot baru untuk kemudahan penduduk terlibat.

"Buat masa ini ada dua tempat yang menjadi pilihan sebagai tempat baru penduduk yang terjejas, Saya akan mengusul perkara tersebut kepada Ketua Menteri.

"Saya berharap penduduk berkenaan bersabar dan kemungkinan kerajaan Sarawak ada perancangan terbaik untuk penduduk yang terlibat mendirikan penempatan baru," katanya.

Snowdan juga bersetuju dengan pendapat penduduk untuk menempatkan mereka di penempatan sementara di kuaters JKR yang telah begitu lama kosong tidak diduduki.

"Saya prihatin dan memandang serius tentang penempatan penduduk yang terjejas. Satu mekanisma yang terbaik harus dicapai agar penduduk terbela nasibnya," tambahnya.

"Saya turut menasihati penduduk agar wang pampasan nanti digunakan sewajarnya seperti kegunaan membina rumah jika permohonan untuk lot kediaman diperkenan oleh kerajaan negeri nanti," tambahnya lagi.

Snowdan telah berkhidmat sebagai ADUN N.30 Balai Ringin selama dua penggal. - Sarawakiana

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget