Awang Adek orang paling layak ganti Zeti


PETALING JAYA: Datuk Dr Awang Adek Hussin dikatakan antara individu paling layak menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabenor Bank Negara.

Perkara itu diakui oleh rakan sejawatan bekas Timbalan Menteri Kewangan berkenaan dalam UMNO iaitu Ketua Bahagian Rantau Panjang, Senator Datuk Abdullah Mat Yasim.

Menurut Abdullah, sesuatu yang melayakkan Dr Awang Adek untuk menjawat jawatan sebagai gabenor adalah beliau sebelum ini pernah bertugas di Bank Negara sebagai Penolong Gabenor sejak tahun 1996 hingga 2001.

“Pada saya Dr. Awang Adek adalah orang yang paling layak dan sesuai untuk menerajui Bank Negara Malaysia.

“Dia pernah beritahu saya, kalau kerja dekat-dekat (dalam Malaysia) dia nak, kalau jauh-jauh (Amerika Syarikat) dia tak mahu dah. Ini kerana faktor umurnya yang tidak lagi sesuai bekerja jauh dari tanah air,” katanya menerusi status terbaru di Facebook miliknya pada Ahad.

Tambah Abdullah, Dr Awang Adek pernah meluahkan isi hatinya itu pada satu perjumpaan tidak formal baru-baru ini.

Katanya, beliau mengenali Dr. Awang Adek sebagai seorang pejuang dan ahli politik yang suka membela rakyat.

Jelasnya, dari segi ilmu yang ada pada Ketua UMNO Bahagian Bachok itu membuktikan beliau seorang yang ada kemampuan untuk menerajui Bank Pusat itu dan yakin tidak akan menolak jawatan Gabenor.

- Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget