ADUN: Lupakah kamu Malaysia negara sekular?


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba'Kelalan Baru Bian mengingatkan orang ramai bahawa Malaysia sebuah negara sekular dan demokratik.

“Kenapa ramai ahli politik, hakim, pemimpin agama dan segala pengulas awam lupa bahawa Malaysia sebuah negara sekular dan demokratik?” soalnya.

Bagaimanapun, katanya, apa yang berlaku sekarang seperti agama menguasai segala aspek kehidupan masyarakat.

Beliau menyentuh kenyataan Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang menegur keadaan kerja kakitangan kabin Malaysia Airlines (MAS) yang tidak dibenarkan bertudung dan harus menghidangkan arak.

Begitu juga dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa membicarakan kes penukaran agama tiga anak guru tadika M Indira Gandhi.

“Apabila hakim-hakim Mahkamah Rayuan dengan sukarela melepaskan bidang kuasa mereka kepada mahkamah Syariah, daripada berhati-hati menjaganya seperti diharapkan, orang ramai melihatnya sebagai kegagalan para hakim menjalankan tugas bersumpah untuk mendukung perlembagaan,” katanya.

Baru Bian juga mendakwa hakim tidak dapat memisahkan kepercayaan agama ketika menjalankan tugas dan menegakkan perlembagaan.

Dalam kes anak-anak Indera, bekas suaminya mengambil tindakan sendiri mengislamkan anak mereka.

Mahkamah Rayuan memutuskan perkara berkaitan pertukaran agama secara eksklusif berada bawah bidang Mahkamah Syariah.-Malaysiakini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget