Adenan bayangkan PRN Sarawak Mac depan



KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem malam ini membayangkan bahawa pilihan raya negeri Sarawak mungkin diadakan pada Mac depan. 

Ketika berucap pada Sambutan Tahun Baru 2016 dan Sarawak Bebas Tol di Jambatan Tun Abang Mohammad Salahuddin di sini, beliau meminta rakyat Sarawak menunaikan janji mereka kepada kerajaan dengan memberinya lima tahun lagi tempoh sebagai Ketua Menteri. 

"Kerajaan sudah tunaikan janjinya untuk memansuhkan tol di negeri ini dan saya mahu melihat rakyat Sarawak pula menunaikan janji kepada kerajaan dalam masa tiga bulan lagi. 

"Sekiranya kita boleh bersama-sama menunaikan janji kita, maka Sarawak akan menjadi sebuah negeri yang aman dan makmur," katanya kepada lebih 10,000 rakyat Sarawak yang membanjiri jambatan itu malam ini. 

Adenan juga berkata beliau telah mendapat persetujuan daripada pemimpin UMNO bahawa parti itu tidak akan melebarkan sayapnya ke Sarawak. 

"Saya juga mahu supaya DAP, PKR dan parti-parti Semenanjung tidak datang ke Sarawak," katanya. 

Beliau juga mengumumkan ketiga-tiga wakil rakyat bagi kerusi Pantai Damai, Satok dan Samariang akan dicalonkan semula pada pilihan raya akan datang. 

Pada majlis itu, Adenan turut mengumumkan pemansuhan tol Jambatan Tun Abang Mohammad Salahuddin di sini berkuat kuasa tengah malam ini, sekali gus mengakhiri kutipan tol di seluruh negeri ini. 

Pada Mei lalu, tol dimansuhkan di Jambatan Lanang Sibu dan langkah sama dilakukan di Jambatan Asean Baram, Miri pada Jun lalu. Selain itu, Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang lebih 1,000 kilometer turut dikecualikan daripada tol. - BERNAMA

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget