Tambang Air Asia vs Express Rail Link : Syed Hamid Jawab Tony


PETALING JAYA: Tan Sri Syed Hamid Albar menjawab kenyataan Pengerusi Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandez yang mendakwa tambang Air Asia lebih murah berbanding Express Rail Link (ERL).

Syed Hamid, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata, tidak semua tambang Air Asia murah seperti yang didakwa Tony.

Memetik laporan Sinchew Daily, beliau berkata, tiket Air Asia pada harga murah hanya ditawarkan kepada mereka yang membeli lebih awal.

“Tambang murah Air Asia perlu ditempah tiga bulan lebih awal atau ditempah pada masa-masa tertentu sahaja.
“Jika anda membeli tiket di kaunter seminggu sebelum jadual penerbangan, saya tidak melihat anda berpeluang mendapat tiket tambang murah,” katanya, lapor sebuah portal.

Syed Hamid tidak setuju dengan kenyataan Tony itu tetapi beliau menghormati cara Tony mempromosikan tambang murah Air Asia.

Tony baru-baru ini menerusi akaun Twitter mengatakan tambang sehala RM55 menjadikan perkhidmatan ERL lebih mahal berbanding Air Asia.

Tambang sehala ERL naik sebanyak RM20 menjadikan RM55 berbanding RM35 ketika ini, berkuatkuasa 1 Januari 2016.

- Free Malaysia Today
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget