KUCHING: Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) telah mengumumkan Fabian Andrew Sigar sebagai calon berpotensi bagi kerusi Ba’ Kelalan pada April lalu.
Selepas pengumuman, Fabian diberi masa dua bulan untuk membuktikan keupayaan menjadi calon boleh menang dan ternyata peguam berusia 49 tahun dari Long Tuma, Lawas itu berjaya meraih sokongan sehingga akar umbi di Ba’Kelalan.
Menurut kenyataan akhbar SPDP, selepas membuat lawatan kepada ketua masyarakat dan penyokong di Trusan Tengah (Beriwan), Lawas Damit, Long Sukang Tengah, Long Luping, Long Semadoh dan Ba’Kelalan, nama Fabian semakin mendapat tempat kalangan pengundi.
Kata kenyataan itu lagi, kesan terbesar menjadikan Fabian calon berpotensi apabila Festival Lun Bawang (Irau Aco Lun Bawang) yang diadakan di Long Tuan, Trusan dari 29 Jun hingga 31 Jun, ia dihadiri lebih 3,000 kaum Lun Bawang yang memberi sokongan kepadanya.
Beliau turut mengiringi Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong beberapa kali ketika majlis dan lawatan di kawasan Trusan.
Henry berkata, Fabian bergiat secara aktif membantu menyelesai masalah perundangan kalangan masyarakat tempatan.
Sementara itu, Lalung Baru, merupakan pesara penjawat awam dari Kampung Tang Sango, Trusan berkata, mereka mahu calon baharu dengan rekod bersih dan bukan calon kitar semula bagi mewakili mereka dan merampas kerusi Ba’Kelalan.
“Presiden SPDP Dato Seri Tiong King Sing membuat pilihan betul ketika mengumumkan nama Fabian sebagai calon Ba’Kelalan.
“Pengundi muda dan belia begitu bijak dan tidak mudah terperdaya. Semua calon perlu mempunyai semangat membantu rakyat dan bukan
“Fabian mempunyai hubungan baik dengna Henry dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Sari Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
“Dan, jika beliau dicalon, ia sudah tentu akan membawa lebih banyak pembangunan bagi komuniti Lun Bawang,” katanya.
Fabian baru-baru ini melawat bagi menyempurnakan Kejohanan Bola Sepak Pra-Krismas anjuran Pergerakan Belia Kampung Tang Sango pada 9 Disember.
Pertandingan itu menyaksikan lapan pasukan dari 13 kampung berentap di zon Beriwan.
- Borneo Post Online
Post a Comment