RM1.3 juta diserah kepada badan keagamaan


KUCHING: Kerajaan negeri menyerahkan RM1.3 juta dana bantuan kepada beberapa badan keagamaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Penyerahan itu disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem kepada empat pertubuhan.

Antaranya Sekolah Agama Rakyat Sarawak menerima dana bantuan berjumlah RM438,160 manakala Gereja Katolik St Peter menerima RM630,000 selain The Bishop Kuching dan Gereja Avangelical Quap masing-masing menerima dana bantuan sebanyak RM50,000 dan RM200,000.

Dalam pada itu, isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu turut menerima cek berjumlah RM206,100 daripada Dewan Perdagangan dan Perindustrian Sarawak (SCCI) yang akan diagihkan kepada empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Difahamkan dana tersebut merupakan hasil kutipan derma pada Majlis Makan Malam Tahunan SCCI Ke-64 di Kuching baru-baru ini.

Dana kutipan itu akan diagihkan kepada Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-isteri (RM100,000), Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (RM15,000), Persatuan Buah Pinggang Sarawak (RM50,000) dan Yayasan Jantung Sarawak (RM41,100).

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget