SHAH ALAM 30 – Pas Selangor mengingatkan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) supaya tidak cuba ‘mengacau’ kerusi mereka sekiranya ketiga-tiga parti itu mahu memastikan wujudnya pertandingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.
“Kita (Pas Selangor) boleh bersetuju dengan cadangan tersebut dengan syarat tiada parti lain (dalam pakatan pembangkang) kacau kerusi Pas. PKR, DAP dan Amanah tidak akan masuk bertanding di kerusi yang ditandingi oleh Pas.
“Pada masa sama, Pas tidak akan sama sekali menyerahkan mana-mana kerusi yang kita bertanding pada PRU-13 kepada mana-mana parti lain,” katanya yang juga Naib Presiden Pas menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.
Mohamed Azmin dalam satu sidang akhbar sempena Kongres Nasional PKR Tahunan Ke-11 pada 28 November lalu menyatakan hasrat mahu pilihan raya umum akan datang berlaku dalam situasi satu lawan satu dan tidak berlaku pertindihan melibatkan semua parti dalam pakatan pembangkang.
Bagaimanapun, perkara itu menurut Mohamed Azmin, perlu melibatkan proses perundingan dan perbincangan dengan semua parti dalam pakatan pembangkang termasuk Pas dan Parti Sosialis Malaysia.
Sementara itu, Setiausaha Pas Selangor, Mohd. Khairuddin Othman turut menyatakan pendirian parti itu yang akan kekal mempertahankan semua kerusi yang ditandingi melibatkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU-13 lalu.
- Utusan Online
Post a Comment