Persempadan semula SPR jadi talian hayat BN


KUALA LUMPUR 3 Nov- Proses Persempadanan semula negeri Sarawak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertujuan untuk membantu BN memenangi pilihan raya negeri, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Menurut Izzah, ia menyebabkan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) bertambah tanpa melibatkan pertambahan kerusi parlimen dan ia bercanggah dengan Seksyen 7, Akta Pilihan Raya 1958.

Nurul Izzah“Ini menunjukkan bahawa SPR tidak berminat untuk melakukan tugas mereka secara adil dan saksama, tetapi masih lagi bekerja sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) ke 14.

“Apa yang dilakukan oleh SPR hanyalah untuk memastikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang dijangkakan akan diadakan pada awal tahun 2016,” katanya pada kenyataan media.

Menurut Izzah, suruhanjaya itu tidak menghormati keputusan Mahkamah Tinggi pada 25 Mei lalu yang memutuskan Notis Persempadanan Semula adalah batal kerana tidak mengikut jadual ke 13 Perlembagaan Persekutuan.

“Apa yang dilakukan oleh SPR pada ketika ini adalah dikenali sebagai Gerrymandering. Ini membolehkan SPR melakar sempadan daerah undi supaya peluang kerajaan untuk memenangi kuasa tanpa perlu memenangi undi popular.

“Jelas sekali, persempadanan semula ini digunakan oleh SPR untuk memberikan sebuah talian hayat kepada Barisan Nasional,”

“Amat memalukan apabila Kerajaan yang kononnya mempunyai cita-cita untuk menjadikan Malaysia negara maju pada tahun 2020 masih lagi memerlukan penipuan untuk memenangi pilihanraya,” tambahnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan usul mengenai Laporan Kajian Semula Persempadanan Bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak di Dewan Rakyat, yang menyaksikan cadangan tambahan 11 bahagian bagi negeri (DUN).

Najib berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan DUN di Sarawak kini berjumlah 82 kerusi.- keadilan daily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget