PAS Samariang anjur Majlis Khatan Perdana



KUCHING– PAS Samariang dengan kerjasama Jabatan Amal Malaysia Kawasan Petra Jaya berjaya menganjurkan Majlis Khatan Perdana semalam bertempat di Kampung Samariang Baru Fasa 2.

Majlis yang cukup meriah itu disertai seramai 50 orang peserta yang dipilih daripada kalangan keluarga yang kurang berkemampuan di sekitar Dun Samariang. 

Menurut YDP PAS Kawasan Petra Jaya, Encik Morshidi dalam ucapannya semasa merasmikan majlis tersebut, PAS adalah sebuah gerakan Islam yang sememangnya sentiasa komited dalam membawa segala mesej yang dikehendaki Islam. 

PAS merasa bertanggungjawab dengan menganjurkan aktiviti sedemikian dalam membantu golongan ini melaksanakan sebahagian daripada tuntutan agama.

“Islam itu pembawa rahmat kepada sekalian alam dan Islam menganjurkan setiap individu bersatu padu dalam perkara yang mendatangkan kebaikan. Penganjuran program kebajikan yang kita lakukan saban minggu adalah bukti kesungguhan kita memberikan khidmat kepada rakyat” ujarnya lagi.

Seorang bapa kepada kanak-kanak ketika ditemubual berkata, beliau sangat berterima kasih kepada PAS Samariang atas penganjuran program sedemikian yang sedikit sebanyak membantu golongan yang kurang berkemampuan. 

Beliau turut menyatakan dengan penganjuran aktiviti-aktiviti yang dekat kepada rakyat sebegini membuktikan PAS mampu mentadbir Samariang dengan baik sekiranya dipilih oleh rakyat untuk sesi akan datang.

Majlis Khatan Perdana pada kali ini turut dimeriahkan dengan mengadakan aktiviti sampingan seperti pertandingan mewarna, bengkel Al Fatihah, Kelas Pemakaian Shawl untuk kaum ibu,tahlil dan jamuan kenduri rakyat. 

Hadiah kepada pemenang pertandingan disampaikan oleh Puan Habsah Bujang yang juga merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Petra Jaya manakala penyerahan cenderahati kepada pemimpin tempatan disampaikan oleh Pengarah Jabatan Amal Negeri Sarawak.-PAS.org.my

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget