Najib: PTD, Tolong sokong, kerja dengan saya


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengajak semua pegawai tadbir diplomatik (PTD) agar terus menyokong dan bekerja bersama beliau bagi memastikan Malaysia terus maju.

"Sebab itu saya nak sebutkan, PTD tolong sokong dan bekerja dengan saya dan bersama-sama memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih bagus.

"Mudah-mudahan sokongan seperti ini negara terus maju dan perkhidmatan anda semua akan dapat apa-apa perimbangan yang boleh diberi kepada kerajaan dari masa ke semasa," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis makan malam Persatuan Pegawai Tadbir Diplomatik (PPTD) di Putrajaya malam ini.

Tukar model biasiswa

Selain itu, bagi memastikan kerajaan mendapat pegawai PTD yang terbaik, model biasiswa untuk skim tersebut akan ditukar.

Ia bagi memastikan pembiayaan yang dibuat kerajaan kepada sesetengah individu berbaloi dengan mendapat perkhidmatan serta bakat mereka menerusi berkhidmat dengan kerajaan.

"Kita akan memastikan agar bakat yang masuk PTD ini mestilah terdiri daripada yang terbaik. Ini perlu dilakukan.

"Soal biasiswa kita mesti tukar model biasiswa kita hari ini kerana ia tidak menguntungkan kerajaan.

"Kita bagi biasiswa tapi mereka tak dapat bekerja dengan kerajaan, orang itu terpaksa bayar balik. Kaedah ini tak untungkan kerajaan. Kita biaya beratus ribu akhirnya negara tak dapat khidmat bakat dia untuk berkhidmat," katanya.

Justeru itu, sebuah model biasiswa yang baru akan digubal dan dilaksana tidak lama lagi, kata Najib.

-Malaysiakini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget