Muhyiddin tinggalkan PWTC tanpa kata


Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin meninggalkan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tanpa bercakap sepatah pun kepada media.

Bagaimanapun ketika ditanya sama ada beliau akan kekal sebagai timbalan presiden Umno, Muhyiddin mengangguknya.

Dan apabila ditanya sama ada beliau takut terhadap tindakan disiplin, beliau hanya mengangkat tangan tanda enggan mengulas.

Selepas gesaan supaya Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak malam kelmarin, beliau mungkin berdepan dengan tindakan disiplin, paling keras dipecat daripada jawatan.

Muhyiddin dijangka kembali ke PWTC untuk menghabiskan perhimpunan agung tahunan Umno untuk hari ini.

Perhimpunan agung Umno 2015 masuk hari kedua hari ini.

Ia menjadi persidangan pertama Muhyiddin tanpa sebarang jawatan dalam kabinet.

Beliau sebelum ini digugurkan sebagai timbalan perdana menteri setelah lantang mengkritik dalam isu 1MDB, syarikat sarat hutang hasil cetusan ilham Najib.

Mesyuarat MT malam ini antaranya dijadual membincangkan sama ada Muhyiddin akan dibenar menyampaikan ucapan penggulungan dalam acara tahunan Umno itu pada hari terakhir Sabtu nanti.

Penglibatan Muhyiddin telah pun dibataskan apabila beliau tidak lagi diberikan peluang merasmikan perhimpunan sayap Umno seperti kelaziman sebelum ini.-Malaysiakini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget