Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan kehadiran Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.
Bagaimanapun, naib presiden Umno itu berkata Muhyiddin tidak memasuki Dewan Merdeka bagi sesi taklimat tertutup presiden dengan pemimpin pelbagai peringkat.
“Kita dimaklumkan beliau (Muhyiddin) telah sampai ke PWTC, tetapi tidak masuk ke dalam Dewan Merdeka,” katanya sewaktu sidang media di PWTC.
Kata Zahid lagi, pihaknya juga sehingga kini tidak mengetahui mengapakah Muhyiddin bertindak sedemikian.
“Setakat yang dimaklumkan, tidak ada maklum balas,” katanya lagi.
Semalam, sekeping gambar telah tersebar dan menunjukkan Kerusi Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin kosong dalam sesi itu.
Muhyiddin digugurkan daripada kabinet pada 28 Julai lalu selepas beliau mempertikaikan cara Najib mengendalikan dakwaan skandal 1MDB.
- Malaysiakini
Post a Comment