Ketika Umno menghulurkan tangan perdamaian kepada PAS, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata parti itu tidak akan campur tangan dalam hal berkenaan.
Bagaimanapun, jika Umno berhasrat membawa PAS masuk menyertai BN, MCA berpendapat ia mesti dibawa ke Majlis Tertinggi BN untuk dibincangkan.
Jika PAS tetap dengan pendiriannya untuk memperjuangkan hudud pula, kata Liow, MCA akan menentang kemasukan berkenaan.
"MCA tidak mempersoalkan atau campur tangan dalam hal dianggap isu dalaman Umno, tetapi jika mereka (Umno) mahu membawa PAS menyertai BN, kami pasti akan menentang kecuali PAS mengetepikan hudud," katanya kepada media di Subang hari ini.
Liow menjawab soalan media yang bertanya sama ada hubungan mesra Umno - PAS akan merugikan MCA dan menguntungkan DAP.-mkini
Post a Comment