Masalah jalan di luar bandar Sarawak perlu perhatian : PAS Sarawak



MIRI – Walaupun peruntukan berjuta-juta ringgit telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan untuk membina jalan perhubungan di Sarawak tetapi masalah jalan teruk masih lagi wujud di kawasan luar bandar, kata Haji Jofri dalam portal PAS.org.my.

Pesuruhjaya PAS Sarawak itu menambah, masalah jalan di kawasan luar bandar Sarawak masih lagi jadi isu yang perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa. Jalan yang teruk dan berlubang banyak terdapat di kawasan luar bandar dan diantaranya ialah perkampungan Bulau di Peninjau dalam parlimen Sibuti.

"Jalan yang sepanjang 6.5 KM dari jalan simpang utama dari Miri ke Bintulu telah lama dalam keadaan berlobang. Keadaan jalan bertambah teruk terutama waktu musim hujan. Jalan berlopak dan sukar untuk kenderaan kecil melalui jalan tersebut ketika hujan lebat.", tegas beliau.

Menurutnya lagi, majoriti penduduk di kampung Bulau adalah kaum Melayu dan terdapat juga kaum etnik lain di situ. 

"Kebanyakan mereka adalah petani. Mereka berharap pihak kerajaan dapat menurap jalan berlubang tersebut untuk memudahkan mereka menghantar anak mereka ke sekolah dan juga memudahkan mereka berulang alik ke tempat kediaman mereka.

"Kita mengesa pihak yang berkuasa menggunakan peruntukan bajet untuk jalan luar bandar digunakan sepenuhnya. Jangan hanya menunggu waktu pilihan raya barulah pihak tertentu menggunakannya untuk tujuan memancing undi. Kita yakin peruntukkan yang sedia ada sudah cukup untuk menurapkan semua jalan di luar bandar Sarawak sekiranya pihak yang berkenaan memantau setiap projek yang sudah mendapat kelulusan", ujar beliau.

"Kerjasama dengan pihak berkenaan untuk mengatasi masalah ini dengan menurapkan jalan tersebut dengan segera amat dihargai agar penduduk di kampung tersebut dapat melalui jalan tersebut dengan selamat dan selesa".- SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget