Komunikasi berkesan elak salah faham projek kerajaan luar bandar

MEMORI: Taib dan Ragad bersama Abang Johari (kanan), Morshidi (dua kanan) dan Aloysius (tiga kiri) bergambar dengan sekumpulan kanak-kanak pada majlis jamuan malam ulang tahun ke-20 SDI di Kuching, kelmarin.
KUCHING: Kerajaan negeri perlu menumpukan perhatian memperbaiki kaedah komunikasi berhubung isu pembangunan dan manfaat rakyat terutama di luar bandar.

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, ini kerana komunikasi pembangunan merupakan elemen sangat penting dalam usaha membangun negeri ini.

“Pada mulanya, orang memusuhi kita terutama apabila melihat orang Jabatan Tanah dan Ukur datang ke rumah panjang dan fikir tanah mereka diambil kerajaan,” katanya.

Taib menjelaskan, rakyat mula menerima secara ber-ansur-ansur apabila kerajaan menerangkan bahawa ia akan memberi kemudahan pembangunan seperti jalan raya, sekolah, klinik atau sebarang program pembangunan kerajaan.

“Mereka mula menerima bahawa tiada tanah telah diambil secara percuma,” katanya pada jamuan malam ulang tahun ke-20 Institut Pembangunan Sarawak (SDI) di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Justeru, beliau menjelaskan salah satu sebab SDI ditubuh kerana keakraban kerajaan negeri dengan rakyat dalam semua usaha membawa pembangunan.

“Tiada pembangunan boleh berlaku sendirian dan berjalan lancar kecuali semua orang terlibat,” katanya.

Taib menegaskan, apabila projek tidak difahami dengan baik dan ada orang menyebar propaganda palsu menyebabkan reaksi ber-musuhan daripada rakyat terhadap usaha pembangunan kerajaan.

“Ini jelas dilihat dalam kes Empangan Bakun tetapi selepas itu, penduduk mula mahu menerima selepas menjelaskan mengenai apa yang kita cadang untuk dilaksanakan agar diterima rakyat,” katanya.

Menurutnya, kawasan terjejas projek empangan se-benarnya telah menerima banyak manfaat daripada pembangunan berkenaan.

“Orang tidak tahu bahawa kerajaan telah menghabiskan hampir RM2 juta untuk pampasan bagi setiap keluarga yang dipindahkan.

“Menempatkan semula orang adalah sangat mahal namun kita mahu membantu rakyat dengan lebih baik,” katanya.

Sementara, Ketua Pegawai Eksekutif SDI Datu Aloysius Dris yakin bahawa dengan sokongan padu dan mandat kerajaan negeri, SDI dapat menyumbang dalam memberi input terhadap penggubalan dasar pembangunan serta pelaksanaan program dan aktiviti pembangunan menjurus ke arah pembangunan lestari.

“SDI komited bekerjasama dengan pertubuhan dan agensi berkaitan bagi menyokong agenda pembangunan negeri bagi memenuhi aspirasi rakyat Sarawak dan membantu mencapai impian mereka,” katanya.

Taib turut menerima Anu-gerah Khas daripada Universiti Filipina, Kolej Pembangunan Komunikasi Los Banos di atas sokongan padu beliau terhadap komunikasi pembangunan yang menyumbang kepada pembangunan negeri.

Turut hadir isteri Taib, Toh Puan Dato Sri Ragad Kurdi Taib, Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi SDI Tan Sri Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget