Chong digesa belajar prinsip kewangan sebelum pertikai Bajet Negeri


KUCHING: Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh mencabar Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) supaya mencabar Ketua Audit Negara bahawa lebihan Bajet Negeri dan Penyata Kewangan adalah tidak betul.

Malahan Wong turut berkata, Chong harus belajar dari ‘taiko’nya di Pulau Pinang dan menyifatkan beliau mempunyai pemahaman yang sangat rendah dari segi prinsip dan prosedur kewangan sektor awam.

Chong sebelum ini dalam persidangan DUN terus mengulang dakwaannya bahawa Bajet Negeri kelihatan mengalami defisit kira-kira RM2.493 bilion.

“Saya berharap Chong mengetahui undang-undang serta peraturan dan prinsip perakaunan adalah diguna pakai di semua negeri termasuk Pulau Pinang.

“Maka memadai bagi saya menyatakan bahawa Yang Berhormat Kota Sentosa yang mendakwa dirinya sebagai seorang pengamal undang-undang telah membuat kenyataan murah yang salah,” katanya pada sidang media semasa persidangan DUN di sini, semalam.

Wong juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti berkata, Akaun Hasil Disatukan Negeri (State’s Consolidated Revenue Account) adalah bersamaan dengan akuan untung dan rugi, ia menunjukkan hasil operasi keseluruhan dan perbelanjaan biasa keseluruhan.

“Lebihan bajet negeri RM175 juta diperolehi berdasar anggaran hasil operasi bernilai RM5.55 bilion berbanding perbelanjaan biasa keseluruhan RM5.37 bilion.

“Menurut Artikel 19 (1) Perlembagaan Negeri, semua hasil dan wang tidak kira bagaimana jua sekalipun diperolehi atau diterima oleh negeri itu dari mana-mana sumber hendaklah, tertakluk kepada Perlembagaan dan undang-undang ini iaitu dibayar ke dalam dan dari satu kumpulan wang hendaklah dikenali sebagai “Kumpulan Wang Disatukan” (Consolidated Fund),” katanya.

Wong menegaskan, maka Chong perlu belajar memahami tentang prinsip dan prosedur kewangan sebelum membuat sebarang kenyataan yang membuatkan dirinya kelihatan merendahkan maruahnya.

Beliau memberitahu,melainkan Chong memilih sengaja mengelirukan orang ramai dan mempunyai agenda politik tersendiri dengan membuat kenyataan tidak berasas serta keterlaluan mengenai Bajet Negeri.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget