ADUN Mahu Senarai Pembalak Haram Didedahkan



KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak dicabar untuk mendedahkan senarai pengusaha pembalakan haram yang telah didakwa di Mahkamah.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar hendaklah mendedahkan perkara tersebut untuk membuktikan keseriusan kerajaan dalam menangani isu pembalakan haram di negeri ini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.46 Dudong, Yap Hoi Liong dalam sidang di DUN Sarawak hari ini.

“Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Perancangan Sumber Negeri perlu menyatakan bilangan pengusaha pembalakan haram yang ditangkap mengikut kawasan,

“Selain itu Menteri perlu nyatakan nilai hasil kayu balak haram yang dirampas,” katanya

Beliau membuat gesaan tersebut kerana kesal terhadap pihak Jabatan Perhutanan, yang didakwanya sebagai tidak serius dalam isu pembalakan haram. 

Bagaimanapun, Yap menyatakan semua gesaan terhadap kerajaan telah pun disuarakan dalam persidangan DUN hari ini. – Sarawak Live

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget