11 kerusi DUN baharu perkukuh kubu BN S’wak


KUCHING: Barisan Nasional (BN) negeri kini bersedia menghadapi pilihan raya ne-geri (PRN) yang menyaksikan 82 kerusi bakal dipertan-dingkan selepas 11 kerusi baharu DUN Sarawak dilulus semalam.

Kerusi baharu itu ialah Batu Kitang, Stakan, Serem-bu, Bukit Semuja, Gedong, Kabong, Tellian, Bukit Goram, Murum, Samalaju dan Mulu.

Setiausaha Agungnya Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata mesyuarat membabitkan ahli parti komponen BN negeri akan diadakan dalam waktu terdekat ini.

“Ketua Menteri juga Pe-ngerusi BN negeri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem akan mengadakan mesyuarat dalam kalangan parti komponen membincangkan pembahagian membabitkan 11 kerusi baharu ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dr Rundi juga Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik dan Telekomunikasi) bagaimanapun tidak pasti tarikh sebenar mesyuarat akan diadakan.

“Kita masih menunggu arahan beliau (Ketua Menteri memanggil mesyuarat,” katanya.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas khabar angin me-ngatakan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mendapat lima daripada kerusi baharu itu manakala PRS, dua, SUPP dan dua parti mesra BN iaitu UPP serta TERAS masing-masing diperuntukan satu kerusi.

“Sekarang 11 kerusi baharu itu sudah dilulus di Parlimen, kita dengan serius akan melihat bagaimana kerusi baharu itu boleh menstabilkan BN negeri menentang pembangkang pada pilihan raya negeri akan datang.

“Buat masa ini tiada kata muktamad lagi mengenai peruntukan kerusi baharu ini. Kita serah perkara ini kepada kebijaksanaan ketua menteri,” ujarnya.

Mengenai parti bakal menghadiri mesyuarat itu nanti, Dr Rundi berkata, apa yang pasti hanya empat parti komponen BN negeri iaitu PBB, SUPP, PRS dan SPDP, maknanya hanya pemimpin empat parti komponen ini yang akan hadir.

Sementara itu Presiden PRS (Parti Rakyat Sarawak), Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata kini parti komponen BN negeri boleh berbincang lebih serius mengenai pembahagian kerusi dalam kalangan parti itu.

“Kerusi baharu ini juga memberi tumpuan lebih kepada kawasan luar bandar di negeri ini kerana majoriti daripadanya terletak di situ.

“Dan, 11 kerusi baharu seiring dengan usaha Ketua Menteri mahu merancakkan lagi pembangunan di luar bandar negeri ini.

“Jika BN menang di semua kerusi baharu ini, ia akan memberi lebih kekuatan kepada ketua menteri menunaikan impiannya membangunan luar bandar,” ujarnya.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget