Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, jika dibiarkan berlarutan tanpa sebarang penjelasan, perkara itu boleh menyebabkan berlakunya kekeliruan, sekali gus menimbulkan fitnah.

Katanya, mereka perlu mengikut jejak langkah Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, Mohamad Zaki Ibrahim serta ADUN Tendong, Mohd. Rozi Mohamad yang tampil menyatakan pendirian masing-ma­sing.

“Alhamdulillah, baguslah (buat penjelasan), kita rasa bersyukur, dia jelaskan kekeliruan dan fitnah yang berlaku... Kalau tidak terlibat, maka sepatutnya dia memberi penjelasan kepada masyarakat.

“Jika dia berdiam diri, dia akan menimbulkan fitnah ke atas diri sendiri, jemaah dan kekeliruan kepada pengundi,” katanya di sini hari ini.

Wakil rakyat Pas di negeri ini yang mahu menyertai GHB dikatakan berada dalam dilema kerana tindakan mereka berpaling tadah secara tidak langsung turut melanggar bai'ah iaitu menceraikan isteri talak tiga jika keluar parti tanpa meletakkan jawatan disandang terlebih dahulu. -Utusan Online.