Lim Kit Siang menyatakan hasrat untuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan cadangan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat isu rusuhan Plaza Low Yat.
Pemimpin popular DAP itu berkata permintaan itu dibuat kerana isu itu sangat penting untuk mencari kebenaran dan mendamaikan keadaan.
Beliau bercakap demikian dalam sidang media di pusat jualan barangan elektronik itu di Kuala Lumpur hari ini.
Lim ditemani Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan anggota Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun dalam lawatan itu.
“Pendamaian supaya kita boleh bekerja berdasarkan rangka dasar pendamaian untuk semua orang, untuk bersama-sama sebagai rakyat Malaysia,” kata Lim.- Malaysiakini
Post a Comment
Bab ini kita memang "salute" Lim Kit Siang yg sgt pandai dan perihatin untuk menjaga hati bangsa Cina mereka yg terdiri dari para peniaga Low Yat. Kelihatan A. Samad Said bekas pejuang Melayu yg terlibat sama untuk memujuk PM agar melupakan hasrat Putrajaya untuk mewujudkan persaingan perniagaan yang sihat melalui Low Yat 2. Kata Kit Siang untuk "rakyat Malaysia" katanya, Sangat besar jasa Kit Siang ni kepada peniaga Cina demi untuk memastikan tiada pesaing didalam industri yang mereka sudah dominasi sejak sekian lama. Terima kasih juga kepada A. Samad Said yg bersusah payah untuk memastikan matlamat peniaga-peniaga Cina tercapai.
Tua kutuk A. Samad Said adalah Melayu mudah lupa.